Thursday, April 19, 2007

PENGENALAN VANILLA

Gambar penganjur di Ladang RTSB di Lanchang, Pahang

PENGENALAN VANILA

Vanila merupakan satu tanaman baru di negara ini. Pokok Vanila berbentuk seperti orkid dan merupakan sejenis parasit. Bahagian yang penting dalam pengeluaran perisa vanila adalah dari buahnya yang berbentuk seperti kacang buncis tetapi bewarna hijau gelap. Bau Vanila sangat wangi dan rasa Vanila asli berbeza berbanding Vanila Sintetik yang banyak di pasaran masa kini.Rasanya juga bergantung kepada cita rasa setiap individu.
Pokok Vanila berasal dari negara Mexico, digunakan oleh kaum Totonaca Mexico sebagai penyedap tembakau dan minuman. Kemudian orang-orang Sepanyol membawa tanaman Vanila ini ke Eropah .Dari sinilah bermulanya penyebaran tanaman Vanila ini. Disebabkan harga Vanila asli lebih mahal dan hanya mampu digunakan oleh orang kaya pada zaman tersebut seseorang dari German telah mencipta Vanila Sintetik yang pertama dan harganya lebih murah supaya semua golongan mampu menikmati perisa ini.

Pada masa kini tanaman Vanila telah tersebar ke banyak negara termasuk yang beriklim Khatulistiwa. Terdapat empat buah negara pengeluar terbesar Vanila iaitu pertama Madagascar, kedua negara jiran iaitu Indonesia, ketiga negara China dan keempat Mexico. Malaysia bakal menjadi pengeluar terbesar kerana pokok Vanila ini memang sesuai ditanam dinegara ini.
Vanila mempunyai banyak kegunaan selain sebagai perisa utama dalam industri makanan Vanila juga banyak digunakan dalam industri kosmetik, perubatan, pembuatan cat, tayar dan sarung tangan dan lain-lain lagi.Pasaran Vanila asli masa kini adalah sangat meluas dan mendapat permintaan yang tinggi.Harga Vanila asli mencecah sehingga RM 50.00 per Kg. Untuk pengetahuan, kegunaan dari Vanila asli hanya meliputi 3% sahaja manakala 97% lagi adalah dari Vanila sintetik. Faktor inilah menyebabkan pengeluaran Vanila asli harus
dipertingkatkan lagi.

Gambar Bunga Vanilla Dan Buah Vanilla Di Lanchang, Pahang.

































1 comment:

Unknown said...

mmg pun....
kat tempat keje aku pakai vanilla tiruan. so jom kite support progtam ni.