Monday, April 23, 2007

KATA-KATA PENGANJUR

Setelah melihat tanaman ini secara dekat, penganjur berasa yakin tanaman vanilla ini akan menerima sambutan luar dugaan sedikit masa lagi. Selain mudah dalam penjagaannya, tanaman ini sangat cepat mengeluarkan hasil berbanding tanaman komersial lain (seperti getah dan kelapa sawit) dan ini memberi rasa puas hati kepada pengusaha tanaman ini.
Pucuk dicita tapi Vanila yang tiba, untuk penguat semangat penganjur yang memang cintakan bidang pertanian ini. Umpama sumur yang digali air yang terbit, begitulah perumpamaan hasil pulangan tanaman ini yang sungguh lumayan.
Projek Vanila sudah ada, tapak ladang sudah tersedia, hasil lumayan sedang menanti, Cuma modal yang belum mencukupi. Dengan adanya program "Satu Rasa, Satu haluan" ini penganjur mempelawa sesiapa sahaja menceburkan diri bersama penganjur dalam program tanaman Vanila ini. Apa ditunggu-tunggu lagi. Rezeki tak akan datang bergolek, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu, jika pengayuh tidak didayung, sampaikah keseberang membawa perahu.
Program ini di ilhamkan dari kejayaan RTSB yang telah mengusahakan tanaman ini sejak 3 tahun lepas.Jika RTSB telah memperolehi keuntungan dan telah berjaya melaksanakan program ini, mengapa kita tidak boleh? Sebenarnya kita perlu meniru jalan orang-orang yang telah berjaya untuk kita mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara. Sebab itulah program ini penganjur wujudkan sebagai satu usaha mencapai kejayaan tersebut dan selebihnya penganjur serahkan pada ketentuan ilahi….
Akhir kata, perjalanan hidup masih jauh, senang dan susah harus ditempuhi , marilah kita bersama tempuh, untuk bekalan dikemudian hari.
Program ladang Vanila " Satu Rasa, Satu haluan" boleh anda jadikan titik permulaan menceburkan diri dalam bidang pertanian.Tanaman ini senang diusahakan dan cukup singkat untuk mendapat pulangan disamping mempunyai harga pasaran yang tinggi. Bagi penganjur inilah program yang sangat ideal dan suci lagi bersih tidak melibatkan riba dan sebagainya.
Sekian, ribuan terima kasih dari penganjur dan harap maaf atas apa-apa kekurangan dalam menyediakan rangka kerja ini.

No comments: