Sunday, May 6, 2007

PENDAPATAN SAMPINGAN


SEMENTARA MENANATI TANAMAN VANILLA MENGELUARKAN HASIL, RAKAN KONGSI YANG BERMINAT UNTUK MENAMBAHKAN PENDAPATAN ATAU MEMPEROLEHI PENDAPATAN DALAM MASA SINGKAT DIPELAWA UNTUK MELAKUKAN PROJEK SAMPINGAN SECARA TERATUR SEPERTI
PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR ( IKAN KELI / TILAPIA / PATIN).
PROJEK TANAMAN HERBA SEPERTI MISAI KUCING / NILAM.
LAIN-LAIN PROJEK YANG SESUAI.

PERTAMBAHAN LADANG JUGA BOLEH MENGURANGKAN KOS PERLAKSANAAN PROJEK YANG MANA KURANG SEPULUH ORANG DIPERLUKAN UNTUK PROJEK SETENGAH EKAR. INI MEMBERIKAN PENDAPATAN LEBIH KEPADA SEMUA RAKAN KONGSI TERSEBUT.
MEMBAWA RAKAN BARU MENYERTAI PROGRAM INI JUGA BOLEH MENDAPAT KOMISYEN DARI SYARIKAT KKEE.

PENDAPATAN PROGRAM


PROJEK SETENGAH (0.5) EKAR ATAU SERIBU (1000) BATANG POKOK VANILLA BOLEH MENGHASILKAN RM64,000.00* SETAHUN.
JUMLAH TERSEBUT AKAN DIBAHAGIKAN KEPADA SEPULUH (10) RAKAN KONGSI YANG MANA AKAN MENERIMA PULANGAN SEBANYAK RM4,800.00 SETAHUN SELAMA LEBIH SEMBILAN (9) TAHUN SETELAH DITOLAK KOS PERBELANJAAN PENGURUSAN SEBANYAK RM13,000.00 DAN BAHAGIAN PENGANJUR SEBANYAK RM3,000.00 SETAHUN.
* BERGANTUNG KEPADA FAKTOR PENJAGAAN DAN TAHAP KESUBURAN TANAMAN.

RAKAN KONGSI KE TAPAK PROJEK


Alhamdulillah, sebahagian dari peserta rakan kongsi telah meluangkan masa mereka untuk melihat tapak projek ladang vanilla KKEE pada 06/05/2007 yang lalu.
Kesemua rakan kongsi tersebut telah dibawa ke tanah penganjur dan diberi keterangan tentang lokasi sebenar pokok vanilla akan ditanam selain lokasi rumah pekerja dan kolam takungan air untuk siraman pokok vanilla tersebut.Secara keseluruhannya rakan kongsi berpuas hati dengan keadaan tanah yang mendatar dan subur serta mempunyai jalan masuk yang baik. ( Walaupun sebahagian tempat perlu di baiki ).
Kemudian kesemua rakan kongsi tersebut dibawa melihat pusat kuarantin benih vanilla. Kehadiran kami disambut oleh dua orang pekerja pusat kuarantin benih tersebut. Mereka menerangkan serba sedikit tentang operasi pusat tersebut serta tentang pembenihan dan penjagaan benih vanilla.
Sebagai aktiviti sampingan kesemua rakan kongsi dibawa pula ke tempat latihan gajah Kuala Gandah dan tempat penternakan rusa Deerland. Lokasi tempat perlancungan ini tidaklah jauh dari lokasi ladang vanilla KKEE yang mana sesuai membawa keluarga untuk berkunjung kesini.
Selepas itu mereka dibawa kerumah penganjur untuk pengenalan kepada keluarga penganjur serta menikmati jamuan makan tengah hari sebelum pulang kerumah mereka.
Keseluruhannya program bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir pukul 2.00 petang. Penganjur berpuas hati dengan kehadiran sebahagian rakan kongsi tersebut yang mana mereka telah melihat sendiri tapak projek tersebut memang benar ada dan sebagai bukti kepada rakan kongsi yang lain. PENGANJUR

Thursday, May 3, 2007

KELOMPOK RAKAN KONGSI KKEE


Promosi yang berterusan oleh pihak RTSB membawa kepada bertambahnya tarikan orang ramai terhadap tanaman vanilla ini.Bagaimana pun disebabkan ianya memerlukan kos awal yang tinggi sehingga mencecah lebih tiga puluh ribu ringgit melambatkan usaha mereka untuk menceburi tanaman vanilla ini. Selain itu, factor sukar mengadakan tapak yang sesuai untuk tanaman vanilla ini juga menyumbang masalah kepada bakal pengusaha tersebut dan manjadikan mereka tercari-cari cara lain untuk mengusahakannya.

Kelompok rakan kongsi yang di wujudkan oleh KKEE telah menjadikan impian mereka menjadi kenyataan.KKEE mengumpul modal awal dengan menggabungkan kesemua bakal pengusaha ini untuk dijadikan satu program kelompok rakan kongsi. Dengan cara ini peluang mereka terbuka luas untuk meneroka lebih jauh tentang kebaikan dan faedah tanaman vanilla ini.
Program kelompok rakan kongsi KKEE ini memberi banyak kelebihan kepada peserta seperti memberi peluang kepada ahlinya untuk menceburkan diri secara langsung dalam menguruskan satu-satu projek tanaman vanilla. Selain itu, dengan penambahan ladang-ladang baru memberi peluang ahli untuk menguruskan projek tersebut selain memperolehi pulangan yang lumayan..

Monday, April 23, 2007

KATA-KATA PENGANJUR

Setelah melihat tanaman ini secara dekat, penganjur berasa yakin tanaman vanilla ini akan menerima sambutan luar dugaan sedikit masa lagi. Selain mudah dalam penjagaannya, tanaman ini sangat cepat mengeluarkan hasil berbanding tanaman komersial lain (seperti getah dan kelapa sawit) dan ini memberi rasa puas hati kepada pengusaha tanaman ini.
Pucuk dicita tapi Vanila yang tiba, untuk penguat semangat penganjur yang memang cintakan bidang pertanian ini. Umpama sumur yang digali air yang terbit, begitulah perumpamaan hasil pulangan tanaman ini yang sungguh lumayan.
Projek Vanila sudah ada, tapak ladang sudah tersedia, hasil lumayan sedang menanti, Cuma modal yang belum mencukupi. Dengan adanya program "Satu Rasa, Satu haluan" ini penganjur mempelawa sesiapa sahaja menceburkan diri bersama penganjur dalam program tanaman Vanila ini. Apa ditunggu-tunggu lagi. Rezeki tak akan datang bergolek, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu, jika pengayuh tidak didayung, sampaikah keseberang membawa perahu.
Program ini di ilhamkan dari kejayaan RTSB yang telah mengusahakan tanaman ini sejak 3 tahun lepas.Jika RTSB telah memperolehi keuntungan dan telah berjaya melaksanakan program ini, mengapa kita tidak boleh? Sebenarnya kita perlu meniru jalan orang-orang yang telah berjaya untuk kita mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara. Sebab itulah program ini penganjur wujudkan sebagai satu usaha mencapai kejayaan tersebut dan selebihnya penganjur serahkan pada ketentuan ilahi….
Akhir kata, perjalanan hidup masih jauh, senang dan susah harus ditempuhi , marilah kita bersama tempuh, untuk bekalan dikemudian hari.
Program ladang Vanila " Satu Rasa, Satu haluan" boleh anda jadikan titik permulaan menceburkan diri dalam bidang pertanian.Tanaman ini senang diusahakan dan cukup singkat untuk mendapat pulangan disamping mempunyai harga pasaran yang tinggi. Bagi penganjur inilah program yang sangat ideal dan suci lagi bersih tidak melibatkan riba dan sebagainya.
Sekian, ribuan terima kasih dari penganjur dan harap maaf atas apa-apa kekurangan dalam menyediakan rangka kerja ini.

JANGKAAN PENDAPATAN TANAMAN VANILLA

Pendapatan dari 1000 pokok vanilla dijangkakan sehingga mencecah RM 64,000.00 setahun sehingga 9 tahun.
Purata Bulanan RM5,333.33
Perbelanjaan Tahunan Ladang Vanila (19.8 %) RM12,700.00 (min)
Purata Hasil Setiap Peserta Setahun (7.55%) / (75.5 %) RM4,830.00 sehingga 9 tahun.
Penganjur setahun (4.7 %) RM3,000.00
>> Bergantung kepada benih, kaedah pemeliharaan, baja, dsb.

Selain dari hasil buah vanilla, rakan kongsi berpeluang memperolehi hasil dari penambahan ladang vanilla mahupun dari penjualan benih vanilla.Sekiranya rakan kongsi mempunyai tanah sendiri program ini boleh dikembangkan ke tanah peserta.

Thursday, April 19, 2007

MODAL DAN CARA PEMBAYARAN

PEMBAYARAN

Cara pembayaran adalah berperingkat seperti jadual di bawah.

Peringkat 1 RM1300.00 (Apabila cukup bilangan rakan kongsi)
Peringkat 2 RM1687.00 (3 bulan selepas penanaman pokok tumpang)
Peringkat 3 RM 680.00 (Sebulan sebelum penanaman benih vanilla)
Peringkat 4 RM 831.00 ( setahun selepas penanaman benih vanilla)

Jumlah keseluruhan modal untuk setiap rakan kongsi ialah RM4500.00

Peserta perlulah menyediakan modal yang mencukupi supaya program berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Peserta yang berminat perlulah juga membayar wang pendahuluan sebanyak RM 100.00 sebagai mengesahkan keahlian peserta dalam program ini. Walau bagaimanapun wang pendahuluan ini akan dikira sebagai modal peserta juga.
Penganjur akan mengumpul sehingga jumlah semua peserta mencukupi sebelum memulakan perlaksanaan program dan ini akan mengambil sedikit masa yang mana peserta diberi masa untuk mengumpul modal sendiri.
Pembayaran pengesahan kemasukan (RM 100.00) hendaklah disertakan bersama borang pendaftaran yang disediakan samaada secara tunai terus bayar kepada penganjur atau menggunakan wang pos diatas nama penganjur atau pembayaran terus kedalam akaun penganjur seperti berikut:
Nama Penganjur : BADRUL HISHAM BIN YUSOP
( I/C = 741118-06-5693 )
MAYBANK BERHAD : 156169058550
Salinan slip bank/wang pos hendaklah dihantar kepada syarikat sebagai bukti pembayaran.
Pastikan anda menulis nama dan no. kad pengenalan anda di belakang slip tersebut.

KEISTIMEWAAN PROGRAM

KEISTIMEWAAN PROGRAM VANILA.

1. Tidak perlu modal berpuluh atau beratus ribu ringgit – bermula dengan hanya
RM4500.00 sahaja anda boleh menjadi salah seorang rakan kongsi program ini.
2. Tidak perlu memiliki tanah – Penganjur telah menyediakan tapak ladang kepunyaan
sendiri.
3. Tidak perlu berpenat lelah dan berhujan panas – Penganjur telah menyediakan
pekerja-pekerja untuk menanam bagi pihak rakan kongsi.
4. Tidak perlu pengetahuan cara menanam - Penganjur bekerjasama dengan Sya.RTSB
untuk mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada pekerja-pekerja.
5. Tidak perlu risau tentang pasaran dan pemasaran – SRTSB akan membeli balik hasil
tuaian daripada ladang Vanila.
6. Tidak perlu risau tentang pengurusan dan penyelenggaraan – semuanya diuruskan dan
diselenggara oleh Penganjur ( Rakan kongsi boleh juga melibatkan diri ).
7. Tidak perlu risau tentang bayaran selenggara bulanan – yuran selenggara hanya akan
diambil daripada hasil bulanan .
8. Tidak perlu tunggu lama – Hanya selepas 3 tahun ladang akan mengeluarkan hasil
dan setiap rakan kongsi akan mula menerima pendapatan tetap bulanan selama 9
tahun tetapi tertakluk juga kepada keuntungan mahupun kerugian.

KEISTIMEWAAN TAMBAHAN

1. Boleh tengok sendiri ladang milik rakan kongsi pada bila-bila masa.
2. Bayaran modal adalah secara sekaligus tunai atau secara berperingkat supaya peserta
dapat menyediakan modal dengan selesa.(Bergantung kepada tahap kemajuan projek)
3. Boleh berkongsi dengan sesiapa sahaja – Nama-nama rakan kongsi akan ditulis dalam
sijil pengesahan pemilik.
4. Berpeluang diberi keutamaan dilantik sebagai pengurus atau wakil dalam lain - lain
program vanilla mahupun dalam projek sediaada.
Hasil dijamin suci dari perkara subhah kerana keuntungan semata-mata dari projek tanaman Vanila ini.
6. Tapak program ini berhampiran dengan pusat kuarantin benih vanilla dimana
memberi kelebihan mendapat perhatian segera dari RTSB sekiranya ada kecemasan.

PENGENALAN VANILLA

Gambar penganjur di Ladang RTSB di Lanchang, Pahang

PENGENALAN VANILA

Vanila merupakan satu tanaman baru di negara ini. Pokok Vanila berbentuk seperti orkid dan merupakan sejenis parasit. Bahagian yang penting dalam pengeluaran perisa vanila adalah dari buahnya yang berbentuk seperti kacang buncis tetapi bewarna hijau gelap. Bau Vanila sangat wangi dan rasa Vanila asli berbeza berbanding Vanila Sintetik yang banyak di pasaran masa kini.Rasanya juga bergantung kepada cita rasa setiap individu.
Pokok Vanila berasal dari negara Mexico, digunakan oleh kaum Totonaca Mexico sebagai penyedap tembakau dan minuman. Kemudian orang-orang Sepanyol membawa tanaman Vanila ini ke Eropah .Dari sinilah bermulanya penyebaran tanaman Vanila ini. Disebabkan harga Vanila asli lebih mahal dan hanya mampu digunakan oleh orang kaya pada zaman tersebut seseorang dari German telah mencipta Vanila Sintetik yang pertama dan harganya lebih murah supaya semua golongan mampu menikmati perisa ini.

Pada masa kini tanaman Vanila telah tersebar ke banyak negara termasuk yang beriklim Khatulistiwa. Terdapat empat buah negara pengeluar terbesar Vanila iaitu pertama Madagascar, kedua negara jiran iaitu Indonesia, ketiga negara China dan keempat Mexico. Malaysia bakal menjadi pengeluar terbesar kerana pokok Vanila ini memang sesuai ditanam dinegara ini.
Vanila mempunyai banyak kegunaan selain sebagai perisa utama dalam industri makanan Vanila juga banyak digunakan dalam industri kosmetik, perubatan, pembuatan cat, tayar dan sarung tangan dan lain-lain lagi.Pasaran Vanila asli masa kini adalah sangat meluas dan mendapat permintaan yang tinggi.Harga Vanila asli mencecah sehingga RM 50.00 per Kg. Untuk pengetahuan, kegunaan dari Vanila asli hanya meliputi 3% sahaja manakala 97% lagi adalah dari Vanila sintetik. Faktor inilah menyebabkan pengeluaran Vanila asli harus
dipertingkatkan lagi.

Gambar Bunga Vanilla Dan Buah Vanilla Di Lanchang, Pahang.

































Monday, April 2, 2007

Projek Vanilla KKEE


TENTANG PROGRAM LADANG VANILA KOLAM KILAUAN EMAS ENTERPRISE

Penganjur dan benih vanilla ketika di MAHA 2006

Tujuan utama Program Vanila adalah untuk mengusahakan tanaman Vanila secara perkongsian modal dan keuntungan. Program secara berkelompok ini diwujudkan supaya dapat memberi peluang kepada individu yang berminat menyertai program ini dengan hanya berkemampuan mengeluarkan modal yang minima untuk memperolehi pulangan yang tinggi serta berterusan untuk jangkamasa panjang. Disamping itu rakan kongsi mestilah sanggup menerima keuntungan mahupun kerugian. Rakan kongsi digalakkan menceburkan diri secara langsung didalam projek ini supaya dapat mempelajari teknik menguruskan ladang vanila supaya dapat digunapakai di ladang kepunyaan sendiri di kemudian hari.

Sebagai permulaan program ini akan melaksanakan projek penanaman Vanila (dengan kerjasama Syarikat Rentak Timur Sdn. Bhd.(Sya. RTSB) ) dengan menanam 1000 batang pokok Vanila dan akan mula mengeluarkan hasil tiga tahun selepas penanaman pokok Vanila tersebut.Jumlah pendapatan untuk penanaman pokok Vanila tersebut ialah sebanyak 1600 Kg iaitu bernilai RM 64,000.00 setahun.Hasil tuaian dijangkakan berterusan sehingga lebih sembilan tahun. Jumlah pendapatan tahunan ini akan dibahagi sama rata kepada semua peserta.


check http://rentaktimursdn.bhd.com
Comment mailto:bhyusop@gmail.com