Sunday, May 6, 2007

RAKAN KONGSI KE TAPAK PROJEK


Alhamdulillah, sebahagian dari peserta rakan kongsi telah meluangkan masa mereka untuk melihat tapak projek ladang vanilla KKEE pada 06/05/2007 yang lalu.
Kesemua rakan kongsi tersebut telah dibawa ke tanah penganjur dan diberi keterangan tentang lokasi sebenar pokok vanilla akan ditanam selain lokasi rumah pekerja dan kolam takungan air untuk siraman pokok vanilla tersebut.Secara keseluruhannya rakan kongsi berpuas hati dengan keadaan tanah yang mendatar dan subur serta mempunyai jalan masuk yang baik. ( Walaupun sebahagian tempat perlu di baiki ).
Kemudian kesemua rakan kongsi tersebut dibawa melihat pusat kuarantin benih vanilla. Kehadiran kami disambut oleh dua orang pekerja pusat kuarantin benih tersebut. Mereka menerangkan serba sedikit tentang operasi pusat tersebut serta tentang pembenihan dan penjagaan benih vanilla.
Sebagai aktiviti sampingan kesemua rakan kongsi dibawa pula ke tempat latihan gajah Kuala Gandah dan tempat penternakan rusa Deerland. Lokasi tempat perlancungan ini tidaklah jauh dari lokasi ladang vanilla KKEE yang mana sesuai membawa keluarga untuk berkunjung kesini.
Selepas itu mereka dibawa kerumah penganjur untuk pengenalan kepada keluarga penganjur serta menikmati jamuan makan tengah hari sebelum pulang kerumah mereka.
Keseluruhannya program bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir pukul 2.00 petang. Penganjur berpuas hati dengan kehadiran sebahagian rakan kongsi tersebut yang mana mereka telah melihat sendiri tapak projek tersebut memang benar ada dan sebagai bukti kepada rakan kongsi yang lain. PENGANJUR

1 comment:

Anonymous said...

1xbet korean Sportsbook Review - Unbiased opinion on the online
With a strong reputation for quality football betting, our team of experts has found a great sportsbook deccasino for 바카라 the Asian market. We will tell you about our 1xbet korean