Assalammualaikum,
Di kesempatan hari raya lepas dihari2 terakhir dikampung, sempat juga saya meninjau ladang vanilla di tapak pertanian kekal di Kampung Teris, Lanchang.
Perjalanan ke sana mengambil masa setengah jam juga kerana faktor jalan tidak berturap disamping banyak simpang2. Saya bersama ipar sempat melihat tanaman lain seperti pokok nangka madu dan betik exotik di sekitar perjalanan ke sana.
Sesampai di ladang vanilla kami disambut oleh ribuan ikan tilapia merah yang menyangkakan kami akan menabur dedak. Seronok melihat suasana sekitar yang seperti tempat percutian kerana terdapat 2 buah chalet serta kandang kambing dan rumah pekerja ladang tersebut.
Bila melihat vanilla , kagum juga saya kerana pokoknya sihat dan sudah berbuah. Terdapat banyak rumah vanilla ini. Tak silap saya lebih 4 buah rumah dan sebuah rumah dianggarkan ditanam 1000 ke 2000 pokok vanilla. Batang vanilla besar dan tidak guna pokok tumpang sebaliknya gunakan tiang simen sebagai sokongan dan nampak lebih teratur.
Harapan saya ladang tersebut berjaya mengeluarkan buah vanilla yang banyak dan berqualiti supaya KKEE boleh juga belajar cara pengurusan seterusnya penjualan hasil vanilla tersebut.